Saturday, September 12, 2015

Tolong Jangan Bagi Excuse Last Minute

Assalamualaikum..

Hujung minggu ni, ramai kawan aku yang ajak aku keluar. Tapi, satu pun tak jadi, Sabar jelah.

Situasi 1:
 Ajak pergi jalan TAR pagi2 lagi sebab plan nak balik tengahari. Last2 tak jadi. Okaylah dia bagitahu aku waktu subuh. Tup2 petang tu nak dekat kul 6 dia ajak bertolak kul 6.30 petang. Balik kul 9 malam. Mana cukup shopping dalam 2 jam je, Entah2 dapat beli barang dia je. Memang taklah aku nak pergi.

Situasi 2 :
Plan nak pergi tengok wayang pagi2 sebab nak dapat tiket free. Dia suruh aku bersiap before kul 10 pagi. Dah pukul 10, aku whatsapp tak balas, aku call tak angkat. Last2 aku tukar balik pakai baju tidur. Dalam pukul 11 mcamtu baru dia whatsapp cakap dia ada kat rumah dia kat Batu Caves lagi. Siapa tak panas? Aku ni tunggu mcam orang bodoh je kat sini.


Please. kalau nak buat plan tu, tolongla buat betul-betul. Okaylah, kalau nak cancel sekali pun, tolong lah bagitahu awal2. Janganla expect orang tu ada plan dengan kau untuk sehari tu je. Dia pun ada benda lain jugak nak buat. Kalau kau ajak aku keluar hari sabtu,aku akan tangguhkan kerja untuk buat hari Ahad, Tapi tiba2 pulak kau nak ajak keluar malam Ahad dengan kerja aku yang bertimbun ni.. memang taklah aku nak pergi. Disebabkan orang2 macam nilah , aku boleh gaduh dengan kawan2 aku yang lain, Yelah bestfriend ajak pergi makan kat boat noodles tiba2, tapi terpaksa reject sebab dah buat plan awal2 ngan orang lain. Dah bestfriend fikir kita ni selfish. Oh maybe bukan bestfriend dah kut sebab dia cakap dia tak nak kawan ngan aku, siap block aku lagi. Hmm... minggu yang penuh konflik kan.

Friday, May 15, 2015

Sunyi....

Assalamualaikum...


Dulu2 masa aku sekolah rendah dan sekolah menengah, aku ni kira femes lah. Kawan2 semua nak berkawan dengan aku sebab diorang rasa aku ni bijak dan comel. Comel? weekkk... geli pon ada. haha

Cikgu2 pulak selalu nak jadikan aku ketua which is kelemahan aku yang paling utama. Aku tak pandai jadi ketua, jadi follower pandai lah. Bila aku cakap macam tu dekat diorang, diorang selalu cakap yang diorang yakin dengan aku. Diorang nampak potensi kepimpinan dalam diri aku. Dalam kelas, cikgu2 selalu bagi tumpuan kat aku, konon2lah aku ni harapan sekolah.

Tapi.. aku rimas dengan tumpuan- tumpuan tu. Aku nak jadi orang biasa, Aku nak cikgu layan aku macam orang biasa, Aku tak nak kawan2 aku jeles kat aku. Aku xnak pening2 nak kawan dengan siapa. Dan aku xnak ada kelebihan. Cukup sekadar orang yang biasa je... biar orang xperasan aku pun xpe.

Masa aku tingkatan 3, aku dilantik jadi wakil pelajar perempuan untuk tingkatan 3. Budak2 pompuan cakap, diorang lantik aku sebab aku ni senang nak cakap dengan budak lelaki so jd senang nak buat kerja. Entah aku x pham dengan diorang ni =_=.Kalau setakat bincang2 macam tu bolehla.. Sumpah aku x suka jadi wakil pelajar. Lepas pengumuman pelantikan tu, aku nangis, Aku benci buat benda yang aku x suka. Aku x suka arah orang, aku x suka serabutkan kepala aku uruskan benda, dan yang paling penting, aku x nak renggangkan hubungan dengan kawan2 baik aku. Aku  ni kira budak nakallah jugak. So, bila aku jadi wakil pelajar, automatik harapan orang tinggi dekat aku n aku xboleh dah buat kerja2 gila dgn kawan2.

Masa nak masuk tingkatan 4, akuambik keputusan aku nak  pindah sekolah menengah biasa. Oh ye, lupa nak bagitau, sebelum ni aku sekolah swasta. Aku nak lari. Bila mak aku tanya kenapa nak pindah, aku jawab aku nak suasana yang baru. Dia x nak bagi sbb alasan dia takut aku terpengaruh dengan budak2 luar.
Bila aku mula luahkan perasaan yang sebenarnya aku rasa x mampu nak jadi leader, dia paksa aku. Sampai report kat cikgu aku. Sumpah, masa tu lah naluri memberontak aku meluap2. Aku baling semua barang sampai pecah. Seriously, kadang2 aku x paham dengan parents, dia suruh kita kongsi masalah dekat diorang tapi end up kita yang kena ikut cakap dia =_=. Mungkin sebab kejadian tulah, sampai sekarang aku jarang luahkan masalah dekat mak aku. Tapiiiiiii...akhirnya segala tunjuk perasaan aku berbaloi. Aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama, Tapi x penuhla..haha apa kisah janji aku jadi orang biasa2 je. Aku dah bosan sekolah swasta.

Memang seronok masuk sekolah biasa. Xde orang yang kenal muka kita. Suka hati lah kau nak buat apa. Nak makan sorang2 pon orang x kisah.  dan aku rasa keputusan aku masuk sekolah biasa adalah keputusan yang tepat. Aku dapat kenal orang dari pelbagai background, belajar bahasa slang.  Selama 15 tahun aku hidup dekat bumi Terengganu ni,, baru tahun  tulah aku belajar bahasa slang. Boooo....
(sebab kat sekolah swasta cikgu x bg kami ckp bahasa slang >_<. Bukan salah kami okayyy)

 Tapi kan, bila dah masuk u aku rasa sunyi . Sunyi sangaatt.. kadang2 aku duk tepi tingkap sorang2 lpastu pikir psal masa depan aku. Adakah aku akan bersendirian macam ni sampai mati?

Aku rindu..
pujian adik2  junior aku, 'eh akak comella' .Walaupun aku rimas, tapi sekarang ni bila aku rasa hodoh n selekeh, xde orang nk motivate/ bg semangat. Yer aku mengaku dulu aku rimas, tapi benda2 mcam tulah yang membuat aku terima diri ini seadanya. Sekarang ni aku benci gila kat diri aku. Kalau aku tengok muka aku kat cermin pon aku boleh nangis. Aku rasa diri aku hodoh sangat. Kawan2 pulak semua pentingkan baju and gaya. Balik2 cakap pasal shawl itu ini. Susah gila aku nak fit in. Siryes aku rasa mcm keseorangan. Rasa nak bunuh diri pun ada.

Aku rindu... cikgu2 yang selalu nampak potensi dalam diri aku, Walaupun dulu aku rasa diorang ni macam menyibuk je, tapi .. entahlah.
Sekarang ni aku x tau apa kelebihan aku, Aku rasa mcam aku ni bnyk sngat kekurangan.  Kalau duduk dalam kelas, aku teringin jugak kalau sekali sekala lecturer sebut nama aku atau bg tumpuan kat aku mcm kat kelas dulu2.

Kalau dulu.. orang akan ingat nama aku sebab aku selalu tidur dalam kelas, Tapi sekarang jarang sangat orang ingat nama aku. Mungkin aku ni terlalu plain kot, Xde pape yang istimewa pasal diri aku. Sedih...rasa macam x berguna je kat dunia ni. Rasa macam keseorangan sangat.

Ya.. tuhan dah makbulkan doa aku . Sekarang aku dah dapat apa yang aku nak selama ni. Padanmuka aku

Monday, February 2, 2015

Aku dan Homeopathy

Setiap kali orang tanya aku ambik bidang apa, macam2 reaksi yang aku terima.

"Saya ambik Homeopathy"

Apa tu?
"Oh, macam medik ngan farmasi jugakla..."

Entahlah,  sebab dapat soalan yang sama, merapu je aku jawab. Lol. Kadang-kadang rasa rendah diri pun ada. Yelah, orang lain semua ambik course yang hebat-hebat macam farmasi, Medic.

Satu masa tu, seorang pak cik bas tanya soalan yang sama.

"Saya ambil Homeopathy pak cik!", jeritku dari tempat duduk belakang.

"Apa,dik? Pak cik tak dengar lah?" jerit pakcik tu sambil bawak bas.

Aku ulang balik. Kali ni macam menjerit pun ada. macam nak bagi tahu satu bas je hohoho.
"Lah, pak cik ingat awak cakap  awak ambik 'Orang Mati tadi" 

Aku tersengih je. Lepas tu aku gelak sorang-sorang. Pak cik ni tak korek telinga agaknya. Parah bebeno ni. Eh taklah aku gurau je,

Tak kurang jugak ade yang pandang sinis kat aku.

"Ada future ke belajar benda ni? Nanti last2 you end up kerja kat klinik juga".

"Awak yang ambik homeopathy ni bukan boleh tolong pon  time emergency."

Kadang-kadang kan rasa macam nak hempuk je kepala. Kenapala aku pergi isi bidang homeopathy pilihan pertama kat borang Mara tu...
Dekat university ni, aku rasa inferior gila dengan budak2 Medic n Farmasi. Entah rasa nak angkat muka pun tak layak.  Nak2 bila gabung kelas kann.rasa macam bodoh gila.




                                                                     Kenapa-kenapa? Bisik ku dalam hati..hoho

Nak tukar course macam dah terlambat pulaklah kan. Alahai, mau aku kena maki ngan mak ayah aku. Yelah, dulu dah elok-elok duduk kat PALAM boleh pulak aku ambik keputusan nak pindah.  Kalau tak mesti sekarang ni aku tengah ambik degree dalam pharmacy.  (kalau result aku eloklah hihihi)


Haih apa-apa pun teruskan jelah. Adalah hikmahnya tu kan. Lagipun aku dah buat solat istikharah kan. Haruslah yakin dengan keputusan  ini. :D

 Sebenarnya aku rasa Homeopathy ni best je, sebab dia merawat dengan menggunakan  konsep likes cure likes. Contohnya kalau pesakit  tu ada campak, maka pesakit tu akan dirawat dengan virus campak itu sendiri. Cuma xdelah kau suap virus campak dekat pesakit tu. Tak termasuk dek akal kan.


                                                                Nah sayang makanlah virus chickenpox ini :3


Virus tu akan dipotentisekan, Maknanya dah kena dilute dalam alcohol  banyak kali lah. Contohnyakan, bila kita dilutekan bawang merah, dilute punya dilute, bila dah sampai tahap potentized, warna bawang merah tu pun tak nampak,.Rasa pon xdak.


                                             Macam nilah rupanya.

Tapi bila dah tengok putih2 bulat2 macam ni, orang cakap ada placebo effect pulak. Hmmm logik pun logik jugak. tapi takkanlah kalau ada placebo effect boleh berkesan kat haiwan?
(haiwan pon ambik homeopathy medicine jugak tau ;)

 Tak semua ubat homeopathy yang kita bagi tu berdasarkan penyakit tu. Kadang-kadang jenis ubat tu berdasarkan personaliti seseorang. Contohnya, kalau ubat tu jenis panas, maka ia sesuai untuk orang yang panas baran dan cepat irriated. Gituuhh..... tapi banyak lagi faktor yang kena ambik kira. Sebab tu lah kami pon belajaq jugak benda2 yang budak medic n Farmasi belajar. Basic kena tau maa..

Tapi sebenarnya, ubat homeopathy ni bertindak dekat vital force kita. Apa itu vital force?
Alahai, malas pulak nak terang. Vital force tu kita tak nampak. Contohnya, bila orang tu dah mati, kita tengok badan dia dalam keadaan baik je, xde sakit jantung, etc. tapi apa yang membuatkan dia hidup? Bergerak? Bercakap? Dalam konsep Islam, itu adalah roh. Senang cerita.

Ok. ambik contoh, kalau kita nak minum jus oren,  adakah kalau kita letak sebiji oren dalam segelas air kita akan dapat menikmati jusnya? Tak ke vahngang namanya tu kan. hihi. Mestilah kita kena perah oren tu biar keluar jus dia. Bila  jus tu sama bentuk/ form dengan air dalam gelas tu, barulah boleh menikmati jus tu kan??! Eh semangat pulak aku ni.



Adakah ini konsep buoyancy? haha

So the same way goes to homeopathy. Like cures like. Ubat tu mestilah sama form yang boleh act dekat vital force dalam badan kau tu. Barulah ada effect.


Maaflah ye kalau aku memeningkan kepala korang, Just excited nak kongsi benda2 yang aku tahu dari first lecture aku ni, Mana2 yang salah dan peningkan kepala korang, ampunnn. (tapi aku rasa xde salah pon. haaha). Amboih, dalam aku dok bising2 menyalahkan takdir ni, banyak jugak benda yang aku tahu pasal homeopathy ni. Mana tau aku dan Homeopathy ni ditakdirkan bersama.
Ok lah, assalamualaikum. Jumpa lagi kalau aku rajin menaip blog :33



   




Friday, August 30, 2013

Assalamualaikum... Nasib baik aku masih ingat aku ade blog... hehehe

Ok lah, aku ade benda nk citer nih, korang pernah dengar x pasal hadis nabi yg mengatakan bahawa perut ibu segala penyakit.  Nape? x caye? haha.. well, dulu bila time org citer pasal bende ni, aku mcm " weyh, betul ke, x caye arr.."

Aku ni ade penyakit sikit iaitu penyakit sembelit. Kalau org pergi klinik sebab sakit perut, keracunan mkanan, org x heran lah, tapi aku ni vice versa. Siap masuk hospital lagi. Bila org tnye, rase cam malu je nk jawab, sbb mcm x normal. (Ok, kalau korang geli aku ckap pasal ni, korang pon  x normal jugak, haha)

One day, aku dapat call dari mak aku, dia ckap dia ada baca artikel pasal sembelit n mcm mane bende tu boleh effect kat kita.

1. Membantutkan tumbesaran. Sebab nutrien  x dapat diserap dengan baik.(OMG!! aku mcm, err.. no             wonder lah aku x tinggi2)
2. Kulit menjadi kusam( patutlah aku telan vitamin c mcm x de effect je)
3. Boleh effect kat organ pembiakan.( i had an operation before sbb ketumbuhan dalam ovary)
4. Oleh sbb toksik dlam badan x dibuang dlam masa sehari, toksik tu akan berkumpul dengan bnyak dlam        badan dan menyerap masuk ke dalam salur darah n effect kt otak which is org tu akan jd pelupa. (........        i'm a forgetful person)


Bila mak aku habis baca last fact tu, aku nangis, that explains everything. Dulu aku selalu tertanya- tanya mungkin ade something wrong dlam badan aku. Aku bukan x cukup makan, smpai badan x naik2. I had spent so much time taken  pills, doing exercises, mbik suplemen, jumpa doctor tp aku rasa  duit  lebur mcm tu je. Membazir duit dan membazir masa. Malam tu, aku baring2 atas katil n nangis bila pikir balik sbb semuanya dtg dari badan aku. Perut aku yg menjadi punca masalah. Selama 18 tahun aku hadapi mcm2 masalah sumenye sbb perut. Mcm bodo je kan, haha.


So, start hari ini, aku berazam nk jaga perut baik2.
Tp mcm mane?
Well, sekarang ni.. aku tgh cubalah nk ubah diet aku dengan....
1. byakkan mkn buah
2. minum yakult tiap hari
3. ambik minuman fibre
4, minum air bnyak2
5.jangan mkn bnyak sangat

mane tau i might hit my growth spurt again!! (ahaks!)




JOM JAGA PERUT???



* hehe.. just caught myself eating satay and nasi goreng. Sedap sangat!!

Thursday, April 11, 2013

Result SPM



Assalamualaikum semua, it has been a long time kan? sorilah, bz cket..( bajet kau ni mcm menteri besar pdahal dok umah je..)  ok lah hari ni aku nak cakap pasal result SPM.. x kira ah, aku tetap jugak nak ckap walaupun ade antara korang  dah masuk U. Degil.



What??? Bajet result ko gempak!!


 x lah korang, result aku bese2 je.. isk2 malu ah nak cakap.. 



Mmgla, aku agak frust jugakla  bila tengok result aku.. apa perasaan korang bila dapat tahu kawan kau yang selalu ngorok@ main2 dalam kelas  tetiba dapat result yg lebih ok dari korang  ataupon sama je macam  korang? sedeyh an? padahal aku dah pulun habis2an menjadi budak yg skema dan lekat dengan buku..

bukan.. aku bukan x bersyukur.. cuma frust cketlaa..

aku senyum.. pura2 gelak.. x nak org tau apa yg aku pendam selama ni.. hancur berkecai..

mak: tahniah along..( tp aku tau, mak aku kecewa.. cket)
aku: ape pulak mak(gelak2) result along bukan ok sangat pon.Mesti mak frust kan?
mak: x. sebab mak tau yang  along dah cuba yang terbaik. Lgpon... mak ngan abah dulu pon bukan best 
         student pon..
aku:  mak nak buat sedap hati along je kan. cakap je la mak malu.. 
mak: along kene ingat,  x semestinya hari ni along gagal, gagal selamanya.. Esok lusa kalau kau dah berjaya, 
         x denye orang nk tanya result SPM ko brape. Org akan tanya gaji ko brape sebulan, keje kat mane ,      
         anak dah brape, apsal ko skarang lawa sangat.. tet tet tet... (ok, yang lain aku tokok tambah belaka.. 
         wahahaha)
mak:  unless..
aku:   apa dia?
mak:  anak ko tanya, x pon anak murid sebab ko suruh diorang study hard sangat!


ok.. aku x nak jd cikgu.. dan aku x nak  anak2 aku study hard bagai nak gila!


So, people, don't be sad ok? allah knows what's the best 4 us! tapi kalau nak buat sesuatu kenelah berusaha bersungguh2 baru lah tawakkal ye!

Meh, aku nak kasi hadiah cket.



 Ciao..

Sunday, March 17, 2013

Betik Biru??? Euuww..


Hi! Assalamualaikum semua! Mesti korang tertanya-Tanya kan kenapa aku bagi blog aku Nama betik biru..eee macam betik yg dah busuk, pastu jd warna biru..(Ada ke? Setau aku x de betik busuk jd warna biru) haha sebenarnya aku suka Makan betik Dan warna biru... Aku kesian ah KT warna biru.. X banyak buah yg warna biru..( blueberry je aku  rasa). Sedap jugak je kot aku rasa..





Look! blue papaya isn't that bad!!:)