Saturday, September 12, 2015

Tolong Jangan Bagi Excuse Last Minute

Assalamualaikum..

Hujung minggu ni, ramai kawan aku yang ajak aku keluar. Tapi, satu pun tak jadi, Sabar jelah.

Situasi 1:
 Ajak pergi jalan TAR pagi2 lagi sebab plan nak balik tengahari. Last2 tak jadi. Okaylah dia bagitahu aku waktu subuh. Tup2 petang tu nak dekat kul 6 dia ajak bertolak kul 6.30 petang. Balik kul 9 malam. Mana cukup shopping dalam 2 jam je, Entah2 dapat beli barang dia je. Memang taklah aku nak pergi.

Situasi 2 :
Plan nak pergi tengok wayang pagi2 sebab nak dapat tiket free. Dia suruh aku bersiap before kul 10 pagi. Dah pukul 10, aku whatsapp tak balas, aku call tak angkat. Last2 aku tukar balik pakai baju tidur. Dalam pukul 11 mcamtu baru dia whatsapp cakap dia ada kat rumah dia kat Batu Caves lagi. Siapa tak panas? Aku ni tunggu mcam orang bodoh je kat sini.


Please. kalau nak buat plan tu, tolongla buat betul-betul. Okaylah, kalau nak cancel sekali pun, tolong lah bagitahu awal2. Janganla expect orang tu ada plan dengan kau untuk sehari tu je. Dia pun ada benda lain jugak nak buat. Kalau kau ajak aku keluar hari sabtu,aku akan tangguhkan kerja untuk buat hari Ahad, Tapi tiba2 pulak kau nak ajak keluar malam Ahad dengan kerja aku yang bertimbun ni.. memang taklah aku nak pergi. Disebabkan orang2 macam nilah , aku boleh gaduh dengan kawan2 aku yang lain, Yelah bestfriend ajak pergi makan kat boat noodles tiba2, tapi terpaksa reject sebab dah buat plan awal2 ngan orang lain. Dah bestfriend fikir kita ni selfish. Oh maybe bukan bestfriend dah kut sebab dia cakap dia tak nak kawan ngan aku, siap block aku lagi. Hmm... minggu yang penuh konflik kan.

Friday, May 15, 2015

Sunyi....

Assalamualaikum...


Dulu2 masa aku sekolah rendah dan sekolah menengah, aku ni kira femes lah. Kawan2 semua nak berkawan dengan aku sebab diorang rasa aku ni bijak dan comel. Comel? weekkk... geli pon ada. haha

Cikgu2 pulak selalu nak jadikan aku ketua which is kelemahan aku yang paling utama. Aku tak pandai jadi ketua, jadi follower pandai lah. Bila aku cakap macam tu dekat diorang, diorang selalu cakap yang diorang yakin dengan aku. Diorang nampak potensi kepimpinan dalam diri aku. Dalam kelas, cikgu2 selalu bagi tumpuan kat aku, konon2lah aku ni harapan sekolah.

Tapi.. aku rimas dengan tumpuan- tumpuan tu. Aku nak jadi orang biasa, Aku nak cikgu layan aku macam orang biasa, Aku tak nak kawan2 aku jeles kat aku. Aku xnak pening2 nak kawan dengan siapa. Dan aku xnak ada kelebihan. Cukup sekadar orang yang biasa je... biar orang xperasan aku pun xpe.

Masa aku tingkatan 3, aku dilantik jadi wakil pelajar perempuan untuk tingkatan 3. Budak2 pompuan cakap, diorang lantik aku sebab aku ni senang nak cakap dengan budak lelaki so jd senang nak buat kerja. Entah aku x pham dengan diorang ni =_=.Kalau setakat bincang2 macam tu bolehla.. Sumpah aku x suka jadi wakil pelajar. Lepas pengumuman pelantikan tu, aku nangis, Aku benci buat benda yang aku x suka. Aku x suka arah orang, aku x suka serabutkan kepala aku uruskan benda, dan yang paling penting, aku x nak renggangkan hubungan dengan kawan2 baik aku. Aku  ni kira budak nakallah jugak. So, bila aku jadi wakil pelajar, automatik harapan orang tinggi dekat aku n aku xboleh dah buat kerja2 gila dgn kawan2.

Masa nak masuk tingkatan 4, akuambik keputusan aku nak  pindah sekolah menengah biasa. Oh ye, lupa nak bagitau, sebelum ni aku sekolah swasta. Aku nak lari. Bila mak aku tanya kenapa nak pindah, aku jawab aku nak suasana yang baru. Dia x nak bagi sbb alasan dia takut aku terpengaruh dengan budak2 luar.
Bila aku mula luahkan perasaan yang sebenarnya aku rasa x mampu nak jadi leader, dia paksa aku. Sampai report kat cikgu aku. Sumpah, masa tu lah naluri memberontak aku meluap2. Aku baling semua barang sampai pecah. Seriously, kadang2 aku x paham dengan parents, dia suruh kita kongsi masalah dekat diorang tapi end up kita yang kena ikut cakap dia =_=. Mungkin sebab kejadian tulah, sampai sekarang aku jarang luahkan masalah dekat mak aku. Tapiiiiiii...akhirnya segala tunjuk perasaan aku berbaloi. Aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama, Tapi x penuhla..haha apa kisah janji aku jadi orang biasa2 je. Aku dah bosan sekolah swasta.

Memang seronok masuk sekolah biasa. Xde orang yang kenal muka kita. Suka hati lah kau nak buat apa. Nak makan sorang2 pon orang x kisah.  dan aku rasa keputusan aku masuk sekolah biasa adalah keputusan yang tepat. Aku dapat kenal orang dari pelbagai background, belajar bahasa slang.  Selama 15 tahun aku hidup dekat bumi Terengganu ni,, baru tahun  tulah aku belajar bahasa slang. Boooo....
(sebab kat sekolah swasta cikgu x bg kami ckp bahasa slang >_<. Bukan salah kami okayyy)

 Tapi kan, bila dah masuk u aku rasa sunyi . Sunyi sangaatt.. kadang2 aku duk tepi tingkap sorang2 lpastu pikir psal masa depan aku. Adakah aku akan bersendirian macam ni sampai mati?

Aku rindu..
pujian adik2  junior aku, 'eh akak comella' .Walaupun aku rimas, tapi sekarang ni bila aku rasa hodoh n selekeh, xde orang nk motivate/ bg semangat. Yer aku mengaku dulu aku rimas, tapi benda2 mcam tulah yang membuat aku terima diri ini seadanya. Sekarang ni aku benci gila kat diri aku. Kalau aku tengok muka aku kat cermin pon aku boleh nangis. Aku rasa diri aku hodoh sangat. Kawan2 pulak semua pentingkan baju and gaya. Balik2 cakap pasal shawl itu ini. Susah gila aku nak fit in. Siryes aku rasa mcm keseorangan. Rasa nak bunuh diri pun ada.

Aku rindu... cikgu2 yang selalu nampak potensi dalam diri aku, Walaupun dulu aku rasa diorang ni macam menyibuk je, tapi .. entahlah.
Sekarang ni aku x tau apa kelebihan aku, Aku rasa mcam aku ni bnyk sngat kekurangan.  Kalau duduk dalam kelas, aku teringin jugak kalau sekali sekala lecturer sebut nama aku atau bg tumpuan kat aku mcm kat kelas dulu2.

Kalau dulu.. orang akan ingat nama aku sebab aku selalu tidur dalam kelas, Tapi sekarang jarang sangat orang ingat nama aku. Mungkin aku ni terlalu plain kot, Xde pape yang istimewa pasal diri aku. Sedih...rasa macam x berguna je kat dunia ni. Rasa macam keseorangan sangat.

Ya.. tuhan dah makbulkan doa aku . Sekarang aku dah dapat apa yang aku nak selama ni. Padanmuka aku

Monday, February 2, 2015

Aku dan Homeopathy

Setiap kali orang tanya aku ambik bidang apa, macam2 reaksi yang aku terima.

"Saya ambik Homeopathy"

Apa tu?
"Oh, macam medik ngan farmasi jugakla..."

Entahlah,  sebab dapat soalan yang sama, merapu je aku jawab. Lol. Kadang-kadang rasa rendah diri pun ada. Yelah, orang lain semua ambik course yang hebat-hebat macam farmasi, Medic.

Satu masa tu, seorang pak cik bas tanya soalan yang sama.

"Saya ambil Homeopathy pak cik!", jeritku dari tempat duduk belakang.

"Apa,dik? Pak cik tak dengar lah?" jerit pakcik tu sambil bawak bas.

Aku ulang balik. Kali ni macam menjerit pun ada. macam nak bagi tahu satu bas je hohoho.
"Lah, pak cik ingat awak cakap  awak ambik 'Orang Mati tadi" 

Aku tersengih je. Lepas tu aku gelak sorang-sorang. Pak cik ni tak korek telinga agaknya. Parah bebeno ni. Eh taklah aku gurau je,

Tak kurang jugak ade yang pandang sinis kat aku.

"Ada future ke belajar benda ni? Nanti last2 you end up kerja kat klinik juga".

"Awak yang ambik homeopathy ni bukan boleh tolong pon  time emergency."

Kadang-kadang kan rasa macam nak hempuk je kepala. Kenapala aku pergi isi bidang homeopathy pilihan pertama kat borang Mara tu...
Dekat university ni, aku rasa inferior gila dengan budak2 Medic n Farmasi. Entah rasa nak angkat muka pun tak layak.  Nak2 bila gabung kelas kann.rasa macam bodoh gila.




                                                                     Kenapa-kenapa? Bisik ku dalam hati..hoho

Nak tukar course macam dah terlambat pulaklah kan. Alahai, mau aku kena maki ngan mak ayah aku. Yelah, dulu dah elok-elok duduk kat PALAM boleh pulak aku ambik keputusan nak pindah.  Kalau tak mesti sekarang ni aku tengah ambik degree dalam pharmacy.  (kalau result aku eloklah hihihi)


Haih apa-apa pun teruskan jelah. Adalah hikmahnya tu kan. Lagipun aku dah buat solat istikharah kan. Haruslah yakin dengan keputusan  ini. :D

 Sebenarnya aku rasa Homeopathy ni best je, sebab dia merawat dengan menggunakan  konsep likes cure likes. Contohnya kalau pesakit  tu ada campak, maka pesakit tu akan dirawat dengan virus campak itu sendiri. Cuma xdelah kau suap virus campak dekat pesakit tu. Tak termasuk dek akal kan.


                                                                Nah sayang makanlah virus chickenpox ini :3


Virus tu akan dipotentisekan, Maknanya dah kena dilute dalam alcohol  banyak kali lah. Contohnyakan, bila kita dilutekan bawang merah, dilute punya dilute, bila dah sampai tahap potentized, warna bawang merah tu pun tak nampak,.Rasa pon xdak.


                                             Macam nilah rupanya.

Tapi bila dah tengok putih2 bulat2 macam ni, orang cakap ada placebo effect pulak. Hmmm logik pun logik jugak. tapi takkanlah kalau ada placebo effect boleh berkesan kat haiwan?
(haiwan pon ambik homeopathy medicine jugak tau ;)

 Tak semua ubat homeopathy yang kita bagi tu berdasarkan penyakit tu. Kadang-kadang jenis ubat tu berdasarkan personaliti seseorang. Contohnya, kalau ubat tu jenis panas, maka ia sesuai untuk orang yang panas baran dan cepat irriated. Gituuhh..... tapi banyak lagi faktor yang kena ambik kira. Sebab tu lah kami pon belajaq jugak benda2 yang budak medic n Farmasi belajar. Basic kena tau maa..

Tapi sebenarnya, ubat homeopathy ni bertindak dekat vital force kita. Apa itu vital force?
Alahai, malas pulak nak terang. Vital force tu kita tak nampak. Contohnya, bila orang tu dah mati, kita tengok badan dia dalam keadaan baik je, xde sakit jantung, etc. tapi apa yang membuatkan dia hidup? Bergerak? Bercakap? Dalam konsep Islam, itu adalah roh. Senang cerita.

Ok. ambik contoh, kalau kita nak minum jus oren,  adakah kalau kita letak sebiji oren dalam segelas air kita akan dapat menikmati jusnya? Tak ke vahngang namanya tu kan. hihi. Mestilah kita kena perah oren tu biar keluar jus dia. Bila  jus tu sama bentuk/ form dengan air dalam gelas tu, barulah boleh menikmati jus tu kan??! Eh semangat pulak aku ni.



Adakah ini konsep buoyancy? haha

So the same way goes to homeopathy. Like cures like. Ubat tu mestilah sama form yang boleh act dekat vital force dalam badan kau tu. Barulah ada effect.


Maaflah ye kalau aku memeningkan kepala korang, Just excited nak kongsi benda2 yang aku tahu dari first lecture aku ni, Mana2 yang salah dan peningkan kepala korang, ampunnn. (tapi aku rasa xde salah pon. haaha). Amboih, dalam aku dok bising2 menyalahkan takdir ni, banyak jugak benda yang aku tahu pasal homeopathy ni. Mana tau aku dan Homeopathy ni ditakdirkan bersama.
Ok lah, assalamualaikum. Jumpa lagi kalau aku rajin menaip blog :33