Friday, May 15, 2015

Sunyi....

Assalamualaikum...


Dulu2 masa aku sekolah rendah dan sekolah menengah, aku ni kira femes lah. Kawan2 semua nak berkawan dengan aku sebab diorang rasa aku ni bijak dan comel. Comel? weekkk... geli pon ada. haha

Cikgu2 pulak selalu nak jadikan aku ketua which is kelemahan aku yang paling utama. Aku tak pandai jadi ketua, jadi follower pandai lah. Bila aku cakap macam tu dekat diorang, diorang selalu cakap yang diorang yakin dengan aku. Diorang nampak potensi kepimpinan dalam diri aku. Dalam kelas, cikgu2 selalu bagi tumpuan kat aku, konon2lah aku ni harapan sekolah.

Tapi.. aku rimas dengan tumpuan- tumpuan tu. Aku nak jadi orang biasa, Aku nak cikgu layan aku macam orang biasa, Aku tak nak kawan2 aku jeles kat aku. Aku xnak pening2 nak kawan dengan siapa. Dan aku xnak ada kelebihan. Cukup sekadar orang yang biasa je... biar orang xperasan aku pun xpe.

Masa aku tingkatan 3, aku dilantik jadi wakil pelajar perempuan untuk tingkatan 3. Budak2 pompuan cakap, diorang lantik aku sebab aku ni senang nak cakap dengan budak lelaki so jd senang nak buat kerja. Entah aku x pham dengan diorang ni =_=.Kalau setakat bincang2 macam tu bolehla.. Sumpah aku x suka jadi wakil pelajar. Lepas pengumuman pelantikan tu, aku nangis, Aku benci buat benda yang aku x suka. Aku x suka arah orang, aku x suka serabutkan kepala aku uruskan benda, dan yang paling penting, aku x nak renggangkan hubungan dengan kawan2 baik aku. Aku  ni kira budak nakallah jugak. So, bila aku jadi wakil pelajar, automatik harapan orang tinggi dekat aku n aku xboleh dah buat kerja2 gila dgn kawan2.

Masa nak masuk tingkatan 4, akuambik keputusan aku nak  pindah sekolah menengah biasa. Oh ye, lupa nak bagitau, sebelum ni aku sekolah swasta. Aku nak lari. Bila mak aku tanya kenapa nak pindah, aku jawab aku nak suasana yang baru. Dia x nak bagi sbb alasan dia takut aku terpengaruh dengan budak2 luar.
Bila aku mula luahkan perasaan yang sebenarnya aku rasa x mampu nak jadi leader, dia paksa aku. Sampai report kat cikgu aku. Sumpah, masa tu lah naluri memberontak aku meluap2. Aku baling semua barang sampai pecah. Seriously, kadang2 aku x paham dengan parents, dia suruh kita kongsi masalah dekat diorang tapi end up kita yang kena ikut cakap dia =_=. Mungkin sebab kejadian tulah, sampai sekarang aku jarang luahkan masalah dekat mak aku. Tapiiiiiii...akhirnya segala tunjuk perasaan aku berbaloi. Aku dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama, Tapi x penuhla..haha apa kisah janji aku jadi orang biasa2 je. Aku dah bosan sekolah swasta.

Memang seronok masuk sekolah biasa. Xde orang yang kenal muka kita. Suka hati lah kau nak buat apa. Nak makan sorang2 pon orang x kisah.  dan aku rasa keputusan aku masuk sekolah biasa adalah keputusan yang tepat. Aku dapat kenal orang dari pelbagai background, belajar bahasa slang.  Selama 15 tahun aku hidup dekat bumi Terengganu ni,, baru tahun  tulah aku belajar bahasa slang. Boooo....
(sebab kat sekolah swasta cikgu x bg kami ckp bahasa slang >_<. Bukan salah kami okayyy)

 Tapi kan, bila dah masuk u aku rasa sunyi . Sunyi sangaatt.. kadang2 aku duk tepi tingkap sorang2 lpastu pikir psal masa depan aku. Adakah aku akan bersendirian macam ni sampai mati?

Aku rindu..
pujian adik2  junior aku, 'eh akak comella' .Walaupun aku rimas, tapi sekarang ni bila aku rasa hodoh n selekeh, xde orang nk motivate/ bg semangat. Yer aku mengaku dulu aku rimas, tapi benda2 mcam tulah yang membuat aku terima diri ini seadanya. Sekarang ni aku benci gila kat diri aku. Kalau aku tengok muka aku kat cermin pon aku boleh nangis. Aku rasa diri aku hodoh sangat. Kawan2 pulak semua pentingkan baju and gaya. Balik2 cakap pasal shawl itu ini. Susah gila aku nak fit in. Siryes aku rasa mcm keseorangan. Rasa nak bunuh diri pun ada.

Aku rindu... cikgu2 yang selalu nampak potensi dalam diri aku, Walaupun dulu aku rasa diorang ni macam menyibuk je, tapi .. entahlah.
Sekarang ni aku x tau apa kelebihan aku, Aku rasa mcam aku ni bnyk sngat kekurangan.  Kalau duduk dalam kelas, aku teringin jugak kalau sekali sekala lecturer sebut nama aku atau bg tumpuan kat aku mcm kat kelas dulu2.

Kalau dulu.. orang akan ingat nama aku sebab aku selalu tidur dalam kelas, Tapi sekarang jarang sangat orang ingat nama aku. Mungkin aku ni terlalu plain kot, Xde pape yang istimewa pasal diri aku. Sedih...rasa macam x berguna je kat dunia ni. Rasa macam keseorangan sangat.

Ya.. tuhan dah makbulkan doa aku . Sekarang aku dah dapat apa yang aku nak selama ni. Padanmuka aku